ZooM Rider Cafe

Zoom Rider Cafe (Steak House) terletak di Lorong Tun Ismail 12,25000 Kuantan ,Pahang Darul Makmur.ZRC mula di buka pada 11/9/2006 hasil perkongsian bersama bonda tercinta Tengku Faridah Noor.Cetusan idea telah di kongsikan bersama isteri tercinta Nur Azlinda dan bonda.
ZRC berkonsepkan bikers(bermotorsikal) berkuasa besar,tetapi ianya juga meliputi setiap yang beroda dua malah perkataan RIDER itu juga termasuk juga dalam acara menunggang seperti menunggang kuda dll.Warna tema ZRC ialah oren dan hitam.oren bermaksud kedamaian dan kemakmuran sejagat manakala hitam pula bermaksud keberanian dan sanggup hadapi risiko dalam apa jua kesulitan.
ZRC juga merupakan hanya satu sahaja kedai makanan yang menghidangkan masakan KEHIDUPAN LIAR yang mempunyai lesen yang sah dalam perniagaan.Bukan mudah untuk mendapatkan lesen menjual makanan kehidupan liar ini,jutaan terima kasih kepada YM TOK MUDA TENGKU RAZMAN SHAH yang banyak membantu untuk mendapatkan lesen ini daripada PERHILITAN.
ZRC mempunyai menu istimewa untuk para pelanggannya iaitu KANCIL CHOP,RUSA masak halia,AYAM HUTAN tiga rasa,PELANDUK goreng garing,opor LANDAK.Tetapi menu ini mengikuti jadual berkala dari PERHILITAN mengikut musim.
ZRC mendapat sokongan penuh daripada rakan rakan dan penunggang motorsikal berkuasa tinggi dari Pahang malah dari luar Pahang.ZRC juga merupakan tempat untuk berkumpul bagi PAHANG BIKERS dan rakan bikers yang lain.ZRC juga tempat persinggahan kepada rakan bikers yang datang dari luar negeri Pahang.Jutaan terima kasih kepada rakan bikers yang telah singgah sambil menjamu selera di sini.Sokongan anda kami hargai...Hidup ZOOM RIDER CAFE

Comments

abg nas said…
zoom rider cafe.......... forever

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

Tengku Arif Temenggong Pahang II

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Menembak Negeri Pahang ( Pahang Shooting Association ) 2010-2012