Serba sedikit tentang Harley Davidson

The Silent Gray Fellow (Pengikut Kelabu Yang Senyap) Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua.Seperti yang kita tahu sekarang ini nama gah motorsikal berkuasa besar Harley Davidson yang disebut2 hingga kini adalah nama dua orang insan Bill Harley dan Arthur Davidson memulakan eksperimen dunia permotoran ini dengan permulaan pertama ialah sebuah basikal bermotor pada tahun 1901,mereka tidak tahu bahawa lagenda permulaan mereka itu dikenali hingga ke tahun 2010 ini.Bagi saya jenama Harley Davidson adalah seperti kehidupan seharian kerana tidak seperti jenama lain hanya berbentuk atau jenama motorsikal itu sahaja,tetapi Harley Davidson berbentuk dari segi pemakaian,keperluan harian kesemuanya mempunyai jenama Harley.Ianya tidak bertumpu 100% motorsikal berkuasa besar sahaja. Perkara yang dilakukan mereka mencipta di belakang rumah pada tahun 1903 wujud hingga sekarang.Kebanyakan pada awal ciptaan motorsikal Harley menggunakan karburator yang dicipta dari ti...