Mesyuarat Agong Ke11 Persatuan Menembak Negeri Pahang(6/9/08)
Tanggal pada 6/9/08 Persatuan Menembak Negeri Pahang telah mengadakan mesyuarat agong yang ke11 di Kompleks Belia Dan Sukan Pahang (SUKPA).Pada jam 1030 mesyuarat di ketuai oleh YM Tok Muda Tengku Razman Shah iaitu Timbalan Presiden Persatuan dan dipengerusikan oleh Hj Nordin (Setiausaha). Persatuan telah membincangkan masalah yang dihadapi oleh kelab,salah satunya ialah keahlian.Kebanyakkan ahli susah untuk membayar yuran ahli walaupun kalau nak di ikutkan seramai 2047 ahli berdaftar dan hanya 223 ahli sahaja yang telah menjelaskan yuran keahlian,itu juga termasuk 110 ahli seumur hidup. Aktiviti Persatuan ialah acara menembak di lapang sasar di Bukit Rangin,ianya dibuka pada setiap hari Ahad untuk ahli2 sahaja menjalankan latihan.Lapang sasar ini juga turut digunakan oleh Jabatab Kerajaan,Badan Berkanun dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. Percapaian atlet remaja Menembak Negeri Pahang dibawah tajaan Majlis Sukan Pahang telah muncul sebagai pasukan terbaik di Malaysia pada tahun 2008 dengan...