Posts

Showing posts from April, 2010

UTUSAN MALAYSIA ONLINE 16/01/09

Image
KUANTAN 16 Jan. - Kira-kira 300 pelajar Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Maahad Tahfiz Pahang dan kakitangan Yayasan Pahang di sini hari ini mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas tentera rejim Israel di Gaza. Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad berkata, majlis solat hajat tersebut diadakan bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selain memohon supaya keamanan dikembalikan di negara tersebut. Menurutnya, majlis solat hajat tersebut disusuli dengan program mengutip derma dan pelepasan konvoi bermotosikal untuk Palestin yang disertai lebih 150 ahli kelab Pahang Bikers dan Bikers in Islam di sini. ''Konvoi berkenaan bermula di Kuantan dan berakhir di Temerloh pada Ahad ini dengan harapan untuk menyampaikan mesej kepada dunia mengenai bantahan kita terhadap keganasan yang berlaku di Gaza ketika ini," katanya di sini hari ini. Saariah berkata, program seumpama itu juga akan diadakan di Taman Ke

Pahang Bikers iringi konvoi finalis

Pahang Bikers iringi konvoi finalis Oleh Zul Husni Abdul Hamid Perarakan bermula jam 1 tengah hari diketuai Bard R1 TIGA lokasi sudah dijelajahi, sambutan hebat yang diberikan membuktikan prestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 terus diakui sebagai antara acara hiburan gemilang paling dinanti tatkala helaian diari 2008 diselak. KB Mall, Kota Bharu; Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dan Dataran Pahlawan, Melaka sudah menyaksikan himpunan nama besar dalam industri hiburan bersatu untuk menyatakan penghargaan tidak berbelah bagi mereka atas sokongan yang diberikan peminat selama ini. Pelbagai acara menarik disusun bagi merancakkan siri promosi ABPBH 2007, sekali gus menghangatkan lagi bahang acara kemuncak yang akan melabuhkan tirainya di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac depan. Dalam debaran menanti siapa yang bakal dinobatkan peminat sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2007 terus memainkan peranan besarnya dengan membawa calon pilihan mendekati penggemar

AHKBAR ONLINE UTUSAN MALAYSIA 18/01/09

KERATAN AKHBAR DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 18/01/09 Kelab motosikal kutip derma KUANTAN 17 Jan. – Kelab Motosikal Pahang menganjurkan program “Bikers in Islam” bagi mengumpul sumbangan untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Presiden kelab itu, Shamsul Zumir Shahrir berkata, program selama tiga hari yang bermula semalam itu disertai kira-kira 150 ahlinya yang menunggang motosikal termasuk berkuasa tinggi, membabitkan penjelajahan ke tiga daerah iaitu Kuantan, Raub dan Temerloh. Sepanjang program itu, anggota kelab, katanya, turut menjual pelbagai barangan seperti baju T, pelekat kenderaan dan bendera Palestin bagi mengumpul sumbangan untuk mengisi tabung membantu rakyat Palestin. “Program ini merupakan misi keamanan kita hasil daripada kesedaran di atas kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di hadapan Mahkota Square di sini hari ini. Shamsul Zumir berkata, sepanjang laluan tersebut, konvo

AKHBAR ONLINE KOSMO 18/01/09

Image
Keratan Akhbar dari Kosmo Online Pada 18/01/2009 . DANA UNTUK PALESTIN. Kempen mengumpul dana untuk tabung bantuan dan kemanusiaan Palestin diteruskan lagi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Pahang dan ia termasuklah konvoi anjuran Pahang Bikers dan Bikers in Islam melibatkan 200 ahli. Program konvoi diperluaskan ke tempat tumpuan awam di sekitar bandar Kuantan termasuk Taman Kerang, Kompleks Mahkota, Masjid Negeri, pusat beli-belah Kuantan Parade serta Mydin dan Teluk Chempedak bermula kelmarin. Konvoi turut menjual pelekat, baju-T serta bendera Palestin sepanjang perjalanan mereka dari Kuantan ke Temerloh. Presiden Bikers in Islam, Shamsul Zumir Shahrir berkata, konvoi itu merupakan satu misi menyampaikan mesej keamanan selain menyedarkan masyarakat mengenai kempen memboikot barangan Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana kepada rejim Israel.

Honda Goldwing 1500 Zoom Winger

Image
Lampu crystal light satu set dengan grilled berbentuk helang untuk menahan radiator windshield tinggi penuh dengan sticker kelab dari Malaysia malah Singapore..Lebih tinggi lebih selesa dari menahan hujan dan panas terik ketika ride Side lamp dari kuryakyn lebih tampak elegan dan bergaya malah saddle light di baluti dengan chrome aksesori Sudut pandangan goldwing 1500 ini menampakkan lagi betapa besar motor ini Separuh body telah di krom kan di bahagian bawah untuk terus menyinar ketika di sinari cahaya matahari ketika ride di waktu tengah hari Honda goldwing 1500 ini telah disemburkan cat airbrush seluruh body supaya berbeza antara goldwing Malaysia yang lain