MY FIRST SPEECH(CHARITY RIDE TO TEMERLOH)



Ride to temerloh bersama Pahang Bikers ini adalah anjuran pertama saya selepas mengambil alih kelab ini pada bulan September2007.Seramai 50buah motorsikal berkuasa besar dapat dihimpunkan bagi memeriahkan majlis ini termasuk dari Kuantan,Temerloh dan jutaan terima kasih juga bikers dari KL yang turut serta menghadiri.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia jadi charity ride ini bertujuan untuk kita bersama merasakan kenikmatan dan juga kesusahan mereka yang tidak mempunyai ibu serta ayah dan pada mereka yang tidak mempunyai suami/ayah untuk meneruskan kehidupan pada bulan Ramadhan ini.Pihak AJK Temerloh berjaya menghimpunkan 40orang anak yatim dari sekitar Temerloh dan 5 keluarga/ibu tunggal yang betul2 mengharapkan sumbangan untuk diberikan kepada mereka.
Konvoi telah sampai pada 6.00ptg di Hotel Seri Malaysia Temerloh dan kami telah di sambut oleh geng Temerloh lantas AJK terus membuat persiapan untuk majlis yang akan berlangsung.Seri Malaysia Temerloh adalah kepunyaan Timbalan Presiden Pahang Bikers iaitu saudara Zamri.VIP yang hadir bersama kami adalah YM TOK MUDA TENGKU RAZMAN SHAH dan Datin Normah(AHLI JEMAAH PANGKUAN NEGERI PAHANG)serta bonda YM TENGKU DATIN FARIDAH NOOR.Masa yang di tunggu telah tiba,SHAH K5 menjadi pengacara majlis,saya dijemput untuk memberi sepatah kata..ini adalah merupakan ucapan pertama saya selepas memegang jawatan Presiden kelab.Kesemuanya berjalan lancar tapi yang tak syok nye kertas ucapan yang di tulis habis basah kuyup tak dapat dibaca kerana semasa konvoi hujan turun dengan lebatnya.Kertasnye pulak diletak di poket belakang seluar,habis aku..tapi takpe..berbekalkan semangat ucapan tetap diberikan dengan spontannya tanpa menggunakan teks yang di tulis.Pemberian sumbangan derma kepada anak yatim dan ibu tunggal disempurnakan oleh YM Tok Muda.Lagi 5minit lagi akan berbuka puasa,kesemua yang hadir dijemput untuk ke dewan makan,Alhamdulillah selepas berbuka kami pun bersiap sedia pula untuk kembali ke pangkal jalan(Baliklah).Terima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis berbuka puasa Pahang Bikers ini,kalau nak disebutkan nama mungkin penuh blog nih..kepada penderma,sumbangan anda akan diberkati oleh Allah dan kalau boleh tahun ni boleh la derma lagi,lebih lah sikit baru kite boleh panggil satu kampung berbuka puasa bersama.So penat dah menaip nak taip benda lian lak jadinye..HIDUP PAHANG BIKERS

Comments

abg nas said…
masa tu zoom filling jadi yang berhormat. ucapan tersebut menyebabkan ketua2 tok batin daerah termerloh bersawai kerana gembira.

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA

Tengku Arif Temenggong Pahang II