Posts

Showing posts from June, 2008

MY BIKE:HONDA GOLDWING 1.5 ALIEN(CBX 6111)

Image
Transformasi pertama yang telah saya lakukan pada jentera goldwing ini adalah menukar cat.Saya inginkan satu kelainan diantara seribu mungkin sejuta di dunia ini.Berkat idea dari media elektronik iaitu internet dan media cetak majalah buku motor saya mendapat satu ilham untuk menggunakan berus angin untuk mewarnai jentera ini.Konsep alien telah berjaya dipilih dan selama 2minggu motor saya dibogelkan lantas di berus anginkan.Tak mahal jugak membuatnye hanya RM1800 satu body termasuk 2helmet,mana nak dapat beb,kalau nak murah lagi buat sendiri tul tak. Aksesori pada mulanya saya beli di Kuala Lumpur tapi kalau nak diikutkan kalau terus beli dari internet lagi murah tapi kena tunggu lama lah nak di hantar ke Malaysia.Kesemua aksesori lama telah diganti dengan aksesori krom supaya nampak lebih kilat lagi motor nih.Lagi satu masalah ialah motor lama nih tak ada built in CB Radio,hampir stahun jugak takde CB nih,jadinya tak boleh berhubung dengan Wingers yang lain apabila berada di atas mot

MY BIKE:HONDA GOLDWING 1.5GL (ACH 989)

Image
Pada tanggal 23/7/05 saya pun belilah motor Goldwing 1.5GL ini dengan warna oren no pendaftaran ACH989 selepas trade in motor lama Voyager saya.Goldwing ini dibuat pada tahun 1993.Mungkin dah lama tahun ni kalau nak ikut tahun 2008 kini,tapi pada masa tu motor Goldwing out of stock,laku sangat lah tu..tapi ada kedai jual dan sanggup ambil motor saya dengan harga tinggi,siap boleh buat loans pulok tu saya pun up lah motor ni. Kalau tengok motor ni punye lah sedih harapkan body je telah di cat baru dengan warna oren tapi barang2 nye semua dah tut...tapi takpe dah beli nak buat camner,kalau nak perfect belilah yang baru tul tak?tak banyak nak cerita tentang Goldwing oren ni..cuma baca next artikel untuk tahu transformasi motor nih

MY BIKE:KAWASAKI VOYAGER 1200

Image
Kawasaki Voyager 1200 adalah motor pertama saya yang dibeli di Welly Sg Buloh.selama 2tahun saya mengidam untuk nak membeli motor nih,tiap minggu saya akan membeli buku Motor Traders kalau ada gambar Voyager,sampai tidur pun peluk buku.Pada tahun 2005 bulan March saya pun sambar lah apa lagi,habis duit tabung kena korek,tapi takpe demi minat yang mendalam dalam arena permotoran ini biar habis duit janji puas..Beli yang second hand je,tahun 92 plat no PCE128 warana Pearl White.tapi rupa motor nih macam rupa motor polis siap ngan lampu liplap biru merah pula kat box belakang.Ada sekali tuh mat rempit lari pecut bila nampak motor ni lalu,ingat polis ke apa daaa!!Banyak gak konvoi saya pergi selama 4bulan pakai motor nih..nak tahu kenapa pakai 4bulan je..kena terus membacalah artikel nih.Negeri yang pernah motor gi berama saya adalh ke Kelantan,Terengganu,KL.walaupun belum satu Malaysia tapi kira banyak tempat lah tu.Jangan bising baca je lagi..Saya ingat kan motor ni dah perfect buat saya

MY FIRST SPEECH(CHARITY RIDE TO TEMERLOH)

Image
Ride to temerloh bersama Pahang Bikers ini adalah anjuran pertama saya selepas mengambil alih kelab ini pada bulan September2007.Seramai 50buah motorsikal berkuasa besar dapat dihimpunkan bagi memeriahkan majlis ini termasuk dari Kuantan,Temerloh dan jutaan terima kasih juga bikers dari KL yang turut serta menghadiri. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia jadi charity ride ini bertujuan untuk kita bersama merasakan kenikmatan dan juga kesusahan mereka yang tidak mempunyai ibu serta ayah dan pada mereka yang tidak mempunyai suami/ayah untuk meneruskan kehidupan pada bulan Ramadhan ini.Pihak AJK Temerloh berjaya menghimpunkan 40orang anak yatim dari sekitar Temerloh dan 5 keluarga/ibu tunggal yang betul2 mengharapkan sumbangan untuk diberikan kepada mereka. Konvoi telah sampai pada 6.00ptg di Hotel Seri Malaysia Temerloh dan kami telah di sambut oleh geng Temerloh lantas AJK terus membuat persiapan untuk majlis yang akan berlangsung.Seri Malaysia Temerloh adalah kepunyaan Timbalan P

KONVOI MENGIRINGI ARTIS ABPBH2007 KE KUANTAN PARADE

Image
SEBAHAGIAN MARHALL YANG BERSAMA ROCK LA KONON DENGAN AMEER SOFAZ BERSAMA BAND BOY BARD R1 BERPOSING SAT NGAN MILA AF5 BERGAYA BERSAMA BARD R1/JULIA

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN(30/3/08)

Image
PAHANG BIKERS BERSAMA BAND BARD R1 Pada 30/3/08 kami seramai 20buah motorsikal berkuasa tinggi dari Pahang Bikers telah bersama memeriahkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian2007 yang berlangsung di Arena ALLSTARS Genting Highlands.Kami berkumpul dari Kuantan seramai 9 orang di Shell Batu8 Kuantan.Selepas itu kami refill di PETRONAS Temerloh sambil di sambut oleh geng Temerloh seramai 5 orang untuk bersama terus berkonvoi ke Genting Highlands.Kami sampai ke Genting Sempah untuk menjamu selera sementara menunggu geng2 Bard R1.Selepas Berkumpul seramai 150 buah motorsikal berkuasa kecil dari setiap pelusuk Pahang terdiri daripada Bard R1 Fan Club.Kami sampai ke Ria Apartment tempat kami untuk berteduh pada malam itu tepat pada pukul 3.30ptg.Kami di sambut oleh kak Dee(manager Bard R1) yang telah samapi awal untuk menguruskan penginapan kami.Hujan lebat mulai turun cuaca di sana sungguh sejuk
Image
Pahang Bikers Iringi Finalis(2/3/08) Oleh Suzan Ahmad(Berita Minggu) WAJAH ceria sebahagian finalis ABPBH 2007 selepas dijamu makan malam di Zoom Rider Cafe .Artis dibawa membonceng motosikal kuasa besar ke ruang legar Kuantan Parade GEMPAR seketika orang Kuantan hari minggu lalu. Bukan ribut petir, jauh sekali tanda banjir gelombang kedua bakal melanda sebaliknya keriuhan itu datang daripada konvoi 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Pahang Bikers yang mengiringi rombongan hampir 20 artis popular dalam rangka siri jelajah promosi bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007. Lokasi keempat kali ini ialah Kuantan Parade, Pahang ternyata tidak menghampakan. Berbanding KB Mall, Kota Bharu; Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dan Dataran Pahlawan, Melaka, kemungkinan faktor dua tahun tidak disinggahi rombongan promosi ABPBH sedikit sebanyak menyumbang terhadap sambutan hangat peminat dari sebelah pantai timur kali ini. Sekurang-kurangnya terubat juga rin

ZooM Rider Cafe

Zoom Rider Cafe (Steak House) terletak di Lorong Tun Ismail 12,25000 Kuantan ,Pahang Darul Makmur.ZRC mula di buka pada 11/9/2006 hasil perkongsian bersama bonda tercinta Tengku Faridah Noor.Cetusan idea telah di kongsikan bersama isteri tercinta Nur Azlinda dan bonda. ZRC berkonsepkan bikers(bermotorsikal) berkuasa besar,tetapi ianya juga meliputi setiap yang beroda dua malah perkataan RIDER itu juga termasuk juga dalam acara menunggang seperti menunggang kuda dll.Warna tema ZRC ialah oren dan hitam.oren bermaksud kedamaian dan kemakmuran sejagat manakala hitam pula bermaksud keberanian dan sanggup hadapi risiko dalam apa jua kesulitan. ZRC juga merupakan hanya satu sahaja kedai makanan yang menghidangkan masakan KEHIDUPAN LIAR yang mempunyai lesen yang sah dalam perniagaan.Bukan mudah untuk mendapatkan lesen menjual makanan kehidupan liar ini,jutaan terima kasih kepada YM TOK MUDA TENGKU RAZMAN SHAH yang banyak membantu untuk mendapatkan lesen ini daripada PERHILITAN. ZRC memp