Posts

Showing posts from September, 2010

Happy 32th Anniversary to Pahang Shooting Association

Image
Persatuan Menembak Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai Pahang Shooting Association telah menyambut ulangtahun penubuhan persatuan yang ke 32.Dihadiri oleh Ahli Jawatan Kuasa Persatuan dan Pekerja di Majlis Sukan Pahang.Majlis telah diserikan dengan memotong kek ulangtahun yang 32 oleh Timbalan Presiden Persatuan Menembak Negeri Pahang YM Tok Muda Tengku Razman Shah dan juga bersama kedua Naib Presiden persatuan iaitu Naib Presiden 1 YH Dato Johny dan Naib Presiden 2 Shamsul Zumir Bin Shahrir disaksikan kesemua Ahli Jawatan Kuasa Persatuan iaitu:Hj Nordin (Setiausaha) Jerry Lim (Penolong Setiausaha) Khairuddin (Bendahari) Aziz(Kapten) Jana (AJK) Albert Chan (AJK).Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Pahang pada 22/10/2010.Semoga persatuan ini akan terus sukses untuk di masa2 akan datang dengan slogan yang menjadi semangat kami iaitu ilahm daripada Timbalan Presiden>Have gun Will Travel..Semoga dengan slogan ini dapat menyuntik semangat skuad menembak negeri

Serba sedikit tentang Harley Davidson

Image
The Silent Gray Fellow (Pengikut Kelabu Yang Senyap) Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua.Seperti yang kita tahu sekarang ini nama gah motorsikal berkuasa besar Harley Davidson yang disebut2 hingga kini adalah nama dua orang insan Bill Harley dan Arthur Davidson memulakan eksperimen dunia permotoran ini dengan permulaan pertama ialah sebuah basikal bermotor pada tahun 1901,mereka tidak tahu bahawa lagenda permulaan mereka itu dikenali hingga ke tahun 2010 ini.Bagi saya jenama Harley Davidson adalah seperti kehidupan seharian kerana tidak seperti jenama lain hanya berbentuk atau jenama motorsikal itu sahaja,tetapi Harley Davidson berbentuk dari segi pemakaian,keperluan harian kesemuanya mempunyai jenama Harley.Ianya tidak bertumpu 100% motorsikal berkuasa besar sahaja. Perkara yang dilakukan mereka mencipta di belakang rumah pada tahun 1903 wujud hingga sekarang.Kebanyakan pada awal ciptaan motorsikal Harley menggunakan karburator yang dicipta dari ti

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
Tanggal hari Jumaat 10.9.2010 bersamaan 1 Syawal 1431H adalah hari mutlak bagi semua umat yang beragama Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Ianya juga merupakan hari kemenangan selepas berhempempas pulas mengharungi dugaan pada bulan puasa ataupun Ramadhan. Kita seharusnya menyambut Hari Raya dengan wasatiah tidak perlu untuk berlebih2 demi menunjukkan kemewahan yang ada di dunia ini.Dengan wasatiah kita dapat menunjukkan bahawa kita berteraskan agama Islam dlm mengharungi kehidupan.Dalam kita dapat menjamu selera sambil menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kite juga perlu berfikir sejenak ataupun merenung nasib mereka yang tidak bernasib baik seperti mereka yang yatim piatu dan fakir miskin adakah mereka menjamu selera seperti kita? Wahai muslimin dan muslimat sekalian, Pada hari raye juga kite dpt merasakan org2 yg kita sayangi tidak bersama dengan kite yg telah pergi dulu sebelum kita mengadap Ila