Posts

Showing posts from 2008

KL BIKE WEEK 2008 26-27 DEC08

Image
ZooM Rider Ride To KL Bike Week 2008 26 dan 27 Disember 2008 Tempat : Matic, Jalan Ampang Itinerary : 26/12/2008, Jumaat 4 - 6 pm Bikers registration (Goody bag for 1st 200 bikers) 6 - 8 pm Dinner and BBQ (complimentary) 8-12 pm Cultural Show Alfonso Band (Portuguese Group) Johor Zapin Traditional Dance Sarawak Traditional Group Poco-poco Republic of Brickfields (Reggae Group) 27/12/2008, Sabtu 9.30am - 2.00 pm Flag-off KL Bike week Tourism Ride to Banghuris Homestay at Sepang, by Tourism Malaysia 2 - 4 pm 1) Charity Bike Wash 2) Motor parts Auction 4 - 6 pm 1) Mini Concert by Local Indi Group 2) Bike Contest (Voted by visitors) - Best Customs American Choppers - Best Customs Japanese Choppers - Best Customs Local Choppers - Best Classic - Best Super Bike - Best Baggers / Touring 6 - 8 pm 1) Dinner & BBQ (complimentary) 2) Street Buskers Show - True Fire Show 8 - 9.30 pm 1) Miss Kl Bike Week 2008 2) Concert by local band 9.30 - 10.30 pm 1) Exchange souvenirs with Motorcycle Club b

ZooM Chef's Special

CHICKEN FAJITAS RM18.00 (GRILLED CHICKEN ON SIZZLING SKILLET SERVED WITH WARM TORTILLAS,TOMATO SALSA,SOUR CREAM AND CHEDDAR CHEESE) BEEF FAJITAS RM20.00 (GRILLED BEEF ON SIZZLING SKILLET SERVED WITH WARM TORTILLAS,TOMATO SALSA,SOUR CREAM AND CHEDDAR CHEESE) CHICKEN QUESSADILLAS RM12.00 (GRILLED FLOUR TORTILAS WITH CHICKEN ,ONION ,GREEN PEPPER AND CHEESE ) CHICKEN PICATA RM16.00 (GRILLED CHICKEN COATED WITH CHEESE ,SERVED WITH SALAD AND SPAGHETTI )

ZooM Rider (Pahang)

Image
1.Shamsul Zumir b. Shahrir ( ZooM ) CBX6111 Honda Goldwing1.5 2.Nor Din b. Mohd Ali ( Abg Din21 ) ACW53 Honda Goldwing1.5 3.Irwan b Ishak ( Darul ) BET5335 Kawasaki Voyager1.2 4.Syamsol Effendi b. Mohammad ( Fendi ) CCC141 Yamaha VSTAR1100 5.Ruzaimee b Razali ( L Bert ) WFB6111 Yamaha Dragstar 6.Mohd Taufek b Mohd Taib ( Cegu ) CAR2322 Kawasaki Vulcan800 7.Masry b Mat Hussin ( Manja ) WGR1964 Kawasaki Vulcan800 8.Mohd Azahar b Mat Kassim ( Zahar ) CAR2848 Kawasaki Vulcan800 9.Mohd Iszuan b Ismail ( Iwan ) WFU1581 Kawasaki Vulcan500 10.Shahalinan b Ismail ( Tok Ban ) CAT85 Kawasaki Vulcan800 11.Nasrul Arman b Ahmad (Nas) CAR6162 Kawasaki Vulcan800

WCR 2008 di Kuantan Pahang

Pahang Bikers

Image
Kelab Motosikal Pahang atau lebih dikenali sebagai Pahang Bikers telah ditubuhkan pada tahun 1997.Mempunyai ahli seramai 80 orang yang berdaftar.Kini kelab ini telah ditubuhkan selama 11tahun .Kelab ini meliputi setiap 12 daerah di seluruh Pahang dan bertempat di Kuantan sebagai ibu daerah Pahang.Setiap AJK Daerah telah dilantik untuk bersama menjayakan kelab ini. Ahli Kelab terdiri daripada penunggang motorsikal berkuasa besar diantara 500cc ke atas meliputi pelbagai jenis dan rupa motorsikal.Kelab ini tidak khusus kepada sesuatu jenis motorsikal sahaja.Setiap ahli haruslah mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah disisi undang-undang. Pelbagai aktiviti kelab telah dijalankan pada tahun ini seperti menghadiri pelbagai aktiviti permotoran yang dijalankan dari luar Pahang dan negeri-negeri lain.Kelab ini juga tidak lupa kepada kebajikan mereka yang memerlukan termasuk anak yatim,keluarga yang susah dan ibu tunggal.Aktiviti tahunan seperti berbuka puasa bersama anak yatim dan keluarga ya

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN MENEMBAK NEGERI PAHANG 2008

PRESIDEN :KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG TENGKU ABDULLAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH TIMBALAN PRESIDEN:YM TOK MUDA TENGKU RAZMAN SHAH NAIB PRESIDEN : SHAMSUL ZUMIR /YH DATO JOHNNY SETIAUSAHA :HAJI NORDIN PENOLONG SETIAUSAHA :YH DATO ZAMRI BENDAHARI :KHAIRUDDIN KAPTEN :KONG SIEW KEON JURUAUDIT :HAZLIN / FARID

Mesyuarat Agong Ke11 Persatuan Menembak Negeri Pahang(6/9/08)

Tanggal pada 6/9/08 Persatuan Menembak Negeri Pahang telah mengadakan mesyuarat agong yang ke11 di Kompleks Belia Dan Sukan Pahang (SUKPA).Pada jam 1030 mesyuarat di ketuai oleh YM Tok Muda Tengku Razman Shah iaitu Timbalan Presiden Persatuan dan dipengerusikan oleh Hj Nordin (Setiausaha). Persatuan telah membincangkan masalah yang dihadapi oleh kelab,salah satunya ialah keahlian.Kebanyakkan ahli susah untuk membayar yuran ahli walaupun kalau nak di ikutkan seramai 2047 ahli berdaftar dan hanya 223 ahli sahaja yang telah menjelaskan yuran keahlian,itu juga termasuk 110 ahli seumur hidup. Aktiviti Persatuan ialah acara menembak di lapang sasar di Bukit Rangin,ianya dibuka pada setiap hari Ahad untuk ahli2 sahaja menjalankan latihan.Lapang sasar ini juga turut digunakan oleh Jabatab Kerajaan,Badan Berkanun dan Pertubuhan Bukan Kerajaan. Percapaian atlet remaja Menembak Negeri Pahang dibawah tajaan Majlis Sukan Pahang telah muncul sebagai pasukan terbaik di Malaysia pada tahun 2008 dengan

Ride To Johor Bharu3/7/08(Pahang Bikers & MCC Terengganu)

Image
Ride..ride..ride..lagi Pahang Bikers dan Mix Chopper Club Terengganu telah bergabung tenaga dan masa bersama untuk ride ke Johor..Pada tanggal 3/7/08 kami pun bersiap sedia untuk mengerahkan enjin deruman motorsikal kami untuk menuju ke destinasi kami iaitu JOHOR...Seramai 12 buah motosikal daripada Kuantan dan Temerloh manakala 18buah motorsikal daripada Terengganu dan sebuah Triton. Perjalanan berjalan dengan lancar tapi sudah lumrah alam,hujan turun bersama mengiringi kami menuju ke destinasi,tapi dengan Goldwing Alien ini saya tidak menghadapi masalah dalam hujan(pujian)kami telah disambut oleh geng Outlaw Bikers(Jay Bee Riders) dan juga bro Naquib..Tetapi..hampir untuk sampai ke Kompleks Sukan Larkin motor Goldwing Alien ini wat hal lak..alternator out..mana nak cari ganti,tapi macam superhero gak seorang Kelawar telah datang menyelamat bile kite berada dalam kesusahan..Datanglah DIN KELAWAR menghulurkan bantuan yang tak terhingga,yg x dapat diluahkan dengan perkataan.Pada pukul

WCR2008(PAHANG)17-18 MAY 2008

Image
WCR2008 TELAH BERLANGSUNG DI KUANTAN PAHANG SELAMA 2 HARI.PERHIMPUNAN TERBESAR PEMILIK GOLDWING RIDERS DI MALAYSIA DAN SINGAPURA INI TELAH BERJAYA MENGUMPUL 230BUAH MOTORSIKAL GOLDWING.INI ADALAH REKOD TERBESAR SEBELUM INI DIPEGANG OLEH KELANTAN.PADA 17HB KAMI TELAH MENUNGGU WINGERS DARI SELURUH PELUSUK NEGERI DI TOL GAMBANG SETERUSNYA BERGERAK MENUJU KE PANTAI SEPAT UNTUK MEMBASAH TEKAK PERKENA AIR KELAPA MUDA.SELAPAS ITU TERUS MENUJU KE PERGINAPAN DI MS GARDEN KUANTAN.GEMPAK GILER APABILA WINGERS MENGELILINGI BANDAR KUANTAN.JAMUAN MAKAN MALAM PULA DI TELUK CHEMPEDAK. HARI BERIKUTNYE KAMI TELAH DIBAWA MENUJU KE SG LEMBING UNTUK BERSAMA DENGAN PENDUDUK SETEMPAT BERSAMA TELAH DIMERIAHKAN DENGAN ACARA RAKYAT..TAK KETINGGALAN JUGA ACARA RAKYAT INI DISAMBUT BAIK OLEH WINGERS DAN PENDUDUK SETEMPAT.TENGAH HARI SELEPAS MAKAN KAMI PUN PULANG KE HOTEL UNTUK BEREHAT SEMENTARA MENUNGGU JAMUAN BESAR MAKAN MALAM DI HOTEL MS GARDEN.PADA PUKUL 9MLM WINGERS TELAH BERKUMPUL DI DALAM DEWAN UNTUK MENIKMA

ZooM Rider Cafe(Periuk Malaysia Belanga Brunei)

20/7/2008 DI TV2 RANCANGAN PERIUK MALAYSIA BELANGA BRUNEI

MY BIKE:HONDA GOLDWING 1.5 ALIEN(CBX 6111)

Image
Transformasi pertama yang telah saya lakukan pada jentera goldwing ini adalah menukar cat.Saya inginkan satu kelainan diantara seribu mungkin sejuta di dunia ini.Berkat idea dari media elektronik iaitu internet dan media cetak majalah buku motor saya mendapat satu ilham untuk menggunakan berus angin untuk mewarnai jentera ini.Konsep alien telah berjaya dipilih dan selama 2minggu motor saya dibogelkan lantas di berus anginkan.Tak mahal jugak membuatnye hanya RM1800 satu body termasuk 2helmet,mana nak dapat beb,kalau nak murah lagi buat sendiri tul tak. Aksesori pada mulanya saya beli di Kuala Lumpur tapi kalau nak diikutkan kalau terus beli dari internet lagi murah tapi kena tunggu lama lah nak di hantar ke Malaysia.Kesemua aksesori lama telah diganti dengan aksesori krom supaya nampak lebih kilat lagi motor nih.Lagi satu masalah ialah motor lama nih tak ada built in CB Radio,hampir stahun jugak takde CB nih,jadinya tak boleh berhubung dengan Wingers yang lain apabila berada di atas mot

MY BIKE:HONDA GOLDWING 1.5GL (ACH 989)

Image
Pada tanggal 23/7/05 saya pun belilah motor Goldwing 1.5GL ini dengan warna oren no pendaftaran ACH989 selepas trade in motor lama Voyager saya.Goldwing ini dibuat pada tahun 1993.Mungkin dah lama tahun ni kalau nak ikut tahun 2008 kini,tapi pada masa tu motor Goldwing out of stock,laku sangat lah tu..tapi ada kedai jual dan sanggup ambil motor saya dengan harga tinggi,siap boleh buat loans pulok tu saya pun up lah motor ni. Kalau tengok motor ni punye lah sedih harapkan body je telah di cat baru dengan warna oren tapi barang2 nye semua dah tut...tapi takpe dah beli nak buat camner,kalau nak perfect belilah yang baru tul tak?tak banyak nak cerita tentang Goldwing oren ni..cuma baca next artikel untuk tahu transformasi motor nih

MY BIKE:KAWASAKI VOYAGER 1200

Image
Kawasaki Voyager 1200 adalah motor pertama saya yang dibeli di Welly Sg Buloh.selama 2tahun saya mengidam untuk nak membeli motor nih,tiap minggu saya akan membeli buku Motor Traders kalau ada gambar Voyager,sampai tidur pun peluk buku.Pada tahun 2005 bulan March saya pun sambar lah apa lagi,habis duit tabung kena korek,tapi takpe demi minat yang mendalam dalam arena permotoran ini biar habis duit janji puas..Beli yang second hand je,tahun 92 plat no PCE128 warana Pearl White.tapi rupa motor nih macam rupa motor polis siap ngan lampu liplap biru merah pula kat box belakang.Ada sekali tuh mat rempit lari pecut bila nampak motor ni lalu,ingat polis ke apa daaa!!Banyak gak konvoi saya pergi selama 4bulan pakai motor nih..nak tahu kenapa pakai 4bulan je..kena terus membacalah artikel nih.Negeri yang pernah motor gi berama saya adalh ke Kelantan,Terengganu,KL.walaupun belum satu Malaysia tapi kira banyak tempat lah tu.Jangan bising baca je lagi..Saya ingat kan motor ni dah perfect buat saya

MY FIRST SPEECH(CHARITY RIDE TO TEMERLOH)

Image
Ride to temerloh bersama Pahang Bikers ini adalah anjuran pertama saya selepas mengambil alih kelab ini pada bulan September2007.Seramai 50buah motorsikal berkuasa besar dapat dihimpunkan bagi memeriahkan majlis ini termasuk dari Kuantan,Temerloh dan jutaan terima kasih juga bikers dari KL yang turut serta menghadiri. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia jadi charity ride ini bertujuan untuk kita bersama merasakan kenikmatan dan juga kesusahan mereka yang tidak mempunyai ibu serta ayah dan pada mereka yang tidak mempunyai suami/ayah untuk meneruskan kehidupan pada bulan Ramadhan ini.Pihak AJK Temerloh berjaya menghimpunkan 40orang anak yatim dari sekitar Temerloh dan 5 keluarga/ibu tunggal yang betul2 mengharapkan sumbangan untuk diberikan kepada mereka. Konvoi telah sampai pada 6.00ptg di Hotel Seri Malaysia Temerloh dan kami telah di sambut oleh geng Temerloh lantas AJK terus membuat persiapan untuk majlis yang akan berlangsung.Seri Malaysia Temerloh adalah kepunyaan Timbalan P

KONVOI MENGIRINGI ARTIS ABPBH2007 KE KUANTAN PARADE

Image
SEBAHAGIAN MARHALL YANG BERSAMA ROCK LA KONON DENGAN AMEER SOFAZ BERSAMA BAND BOY BARD R1 BERPOSING SAT NGAN MILA AF5 BERGAYA BERSAMA BARD R1/JULIA

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN(30/3/08)

Image
PAHANG BIKERS BERSAMA BAND BARD R1 Pada 30/3/08 kami seramai 20buah motorsikal berkuasa tinggi dari Pahang Bikers telah bersama memeriahkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian2007 yang berlangsung di Arena ALLSTARS Genting Highlands.Kami berkumpul dari Kuantan seramai 9 orang di Shell Batu8 Kuantan.Selepas itu kami refill di PETRONAS Temerloh sambil di sambut oleh geng Temerloh seramai 5 orang untuk bersama terus berkonvoi ke Genting Highlands.Kami sampai ke Genting Sempah untuk menjamu selera sementara menunggu geng2 Bard R1.Selepas Berkumpul seramai 150 buah motorsikal berkuasa kecil dari setiap pelusuk Pahang terdiri daripada Bard R1 Fan Club.Kami sampai ke Ria Apartment tempat kami untuk berteduh pada malam itu tepat pada pukul 3.30ptg.Kami di sambut oleh kak Dee(manager Bard R1) yang telah samapi awal untuk menguruskan penginapan kami.Hujan lebat mulai turun cuaca di sana sungguh sejuk
Image
Pahang Bikers Iringi Finalis(2/3/08) Oleh Suzan Ahmad(Berita Minggu) WAJAH ceria sebahagian finalis ABPBH 2007 selepas dijamu makan malam di Zoom Rider Cafe .Artis dibawa membonceng motosikal kuasa besar ke ruang legar Kuantan Parade GEMPAR seketika orang Kuantan hari minggu lalu. Bukan ribut petir, jauh sekali tanda banjir gelombang kedua bakal melanda sebaliknya keriuhan itu datang daripada konvoi 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Pahang Bikers yang mengiringi rombongan hampir 20 artis popular dalam rangka siri jelajah promosi bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007. Lokasi keempat kali ini ialah Kuantan Parade, Pahang ternyata tidak menghampakan. Berbanding KB Mall, Kota Bharu; Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dan Dataran Pahlawan, Melaka, kemungkinan faktor dua tahun tidak disinggahi rombongan promosi ABPBH sedikit sebanyak menyumbang terhadap sambutan hangat peminat dari sebelah pantai timur kali ini. Sekurang-kurangnya terubat juga rin

ZooM Rider Cafe

Zoom Rider Cafe (Steak House) terletak di Lorong Tun Ismail 12,25000 Kuantan ,Pahang Darul Makmur.ZRC mula di buka pada 11/9/2006 hasil perkongsian bersama bonda tercinta Tengku Faridah Noor.Cetusan idea telah di kongsikan bersama isteri tercinta Nur Azlinda dan bonda. ZRC berkonsepkan bikers(bermotorsikal) berkuasa besar,tetapi ianya juga meliputi setiap yang beroda dua malah perkataan RIDER itu juga termasuk juga dalam acara menunggang seperti menunggang kuda dll.Warna tema ZRC ialah oren dan hitam.oren bermaksud kedamaian dan kemakmuran sejagat manakala hitam pula bermaksud keberanian dan sanggup hadapi risiko dalam apa jua kesulitan. ZRC juga merupakan hanya satu sahaja kedai makanan yang menghidangkan masakan KEHIDUPAN LIAR yang mempunyai lesen yang sah dalam perniagaan.Bukan mudah untuk mendapatkan lesen menjual makanan kehidupan liar ini,jutaan terima kasih kepada YM TOK MUDA TENGKU RAZMAN SHAH yang banyak membantu untuk mendapatkan lesen ini daripada PERHILITAN. ZRC memp