MY BIKE:HONDA GOLDWING 1.5 ALIEN(CBX 6111)



Transformasi pertama yang telah saya lakukan pada jentera goldwing ini adalah menukar cat.Saya inginkan satu kelainan diantara seribu mungkin sejuta di dunia ini.Berkat idea dari media elektronik iaitu internet dan media cetak majalah buku motor saya mendapat satu ilham untuk menggunakan berus angin untuk mewarnai jentera ini.Konsep alien telah berjaya dipilih dan selama 2minggu motor saya dibogelkan lantas di berus anginkan.Tak mahal jugak membuatnye hanya RM1800 satu body termasuk 2helmet,mana nak dapat beb,kalau nak murah lagi buat sendiri tul tak.
Aksesori pada mulanya saya beli di Kuala Lumpur tapi kalau nak diikutkan kalau terus beli dari internet lagi murah tapi kena tunggu lama lah nak di hantar ke Malaysia.Kesemua aksesori lama telah diganti dengan aksesori krom supaya nampak lebih kilat lagi motor nih.Lagi satu masalah ialah motor lama nih tak ada built in CB Radio,hampir stahun jugak takde CB nih,jadinya tak boleh berhubung dengan Wingers yang lain apabila berada di atas motor.Saya pun belilah external CB Radio,mahal jugak harganye dalam RM2500 termasuk upah pasang.Ingatkan dah boleh cakap dan dengar tapi jenama yang saya gunakan ini terus berhubung(speaker) dengan microphone..kena kumpul duit pula nak order microphone,kalau tak saya akan jadi seorang winger yang pekak dan bisu..yelah mana bole nak bercakap dengan orang dan nak dengar arahan dari orang,jadi saya pernah digelar pekak dan bisu..tahun 2006 saya pun beli lah satu kalau nak ikut harga memang mahal RM1300 satu.tapi nak ikut konvoi besar seperti Jelajah Malaysia mesti kena ada satu.sekarang saya dah tak pekak dan tak bisu lagi,malah saya boleh menggunakan mic itu untuk menyanyi,sapa tahu bukan sorang dua yang pakai tul tak?
Pada tahun 2006 saya juga telah membuat transformasi dari segi no pendaftaran motor.Saya tak nak owner yang lama tahu ini adalah janda motor mereka.Dari ACH989 bertukarlah menjadi CBX 6111.lagipun saya nak menggunakan no pendaftaran dari Pahang juga.Saya berpuas hati dengan jentera saya ini,mungkin saya tidak akan menjual nye tapii...kalau ada orang offer tinggi,rezeki jangan ditolak,musuh jangan di cari tul tak?Nak upgrade kepada 1800 mungkin tidak kot buat sementara ini tapi kalau ada bagi free atau tukar suka sama suka takan tak nak kot..itu bodoh namanye kalau tolak tuah,tolak buah takpe..
Alhamdulliah setakat ini Goldwing ini takde memberi masalah yang berat kepada saya untuk terus memakainye..Hidup Wingers

Comments

abg nas said…
pernah la tidur atas allien tu join red rider di terengganu.the most cun goldwing i see.

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA

Tengku Arif Temenggong Pahang II