UTUSAN MALAYSIA ONLINE 16/01/09





KUANTAN 16 Jan. - Kira-kira 300 pelajar Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Maahad Tahfiz Pahang dan kakitangan Yayasan Pahang di sini hari ini mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas tentera rejim Israel di Gaza.

Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad berkata, majlis solat hajat tersebut diadakan bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selain memohon supaya keamanan dikembalikan di negara tersebut.

Menurutnya, majlis solat hajat tersebut disusuli dengan program mengutip derma dan pelepasan konvoi bermotosikal untuk Palestin yang disertai lebih 150 ahli kelab Pahang Bikers dan Bikers in Islam di sini.

''Konvoi berkenaan bermula di Kuantan dan berakhir di Temerloh pada Ahad ini dengan harapan untuk menyampaikan mesej kepada dunia mengenai bantahan kita terhadap keganasan yang berlaku di Gaza ketika ini," katanya di sini hari ini.

Saariah berkata, program seumpama itu juga akan diadakan di Taman Kerang berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah di sini esok bagi mengumpul dana bantuan kemanusiaan terhadap mangsa pencerobohan rejim Yahudi di Gaza.

Menurutnya, dalam program tersebut, orang ramai boleh menghulurkan derma dengan cara membeli kemeja-t, pelekat dan bendera Palestin sebagai usaha mengumpul tabung bantuan terhadap mangsa pencerobohan Yahudi di Gaza.

Sementara itu, lebih 500 masjid di seluruh negeri ini mengadakan solat hajat serentak bagi menyelamatkan rakyat Palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman Israel di negara itu hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kutipan derma turut dilakukan bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Katanya, Pejabat Mufti Pahang juga akan menyediakan bacaan khutbah solat Jumaat khusus mengenai isu Palestin untuk disampaikan di seluruh masjid di negeri ini pada 30 Januari ini

Comments

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

Tengku Arif Temenggong Pahang II

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Menembak Negeri Pahang ( Pahang Shooting Association ) 2010-2012