AHKBAR ONLINE UTUSAN MALAYSIA 18/01/09

KERATAN AKHBAR DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 18/01/09

Kelab motosikal kutip derma
KUANTAN 17 Jan. – Kelab Motosikal Pahang menganjurkan program “Bikers in Islam” bagi mengumpul sumbangan untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Presiden kelab itu, Shamsul Zumir Shahrir berkata, program selama tiga hari yang bermula semalam itu disertai kira-kira 150 ahlinya yang menunggang motosikal termasuk berkuasa tinggi, membabitkan penjelajahan ke tiga daerah iaitu Kuantan, Raub dan Temerloh.

Sepanjang program itu, anggota kelab, katanya, turut menjual pelbagai barangan seperti baju T, pelekat kenderaan dan bendera Palestin bagi mengumpul sumbangan untuk mengisi tabung membantu rakyat Palestin.

“Program ini merupakan misi keamanan kita hasil daripada kesedaran di atas kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di hadapan Mahkota Square di sini hari ini.

Shamsul Zumir berkata, sepanjang laluan tersebut, konvoi berkenaan akan singgah di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai antaranya Mydin, Kuantan Parade, Mega Mall dan Teluk Chempedak dekat sini.

Katanya, pihak kelab tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai jumlah sumbangan yang hendak dikumpulkan hasil daripada program tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

Tengku Arif Temenggong Pahang II

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Menembak Negeri Pahang ( Pahang Shooting Association ) 2010-2012