Pahang Bikers iringi konvoi finalis
Pahang Bikers iringi konvoi finalis
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Perarakan bermula jam 1 tengah hari diketuai Bard R1
TIGA lokasi sudah dijelajahi, sambutan hebat yang diberikan membuktikan prestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 terus diakui sebagai antara acara hiburan gemilang paling dinanti tatkala helaian diari 2008 diselak.
KB Mall, Kota Bharu; Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dan Dataran Pahlawan, Melaka sudah menyaksikan himpunan nama besar dalam industri hiburan bersatu untuk menyatakan penghargaan tidak berbelah bagi mereka atas sokongan yang diberikan peminat selama ini.
Pelbagai acara menarik disusun bagi merancakkan siri promosi ABPBH 2007, sekali gus menghangatkan lagi bahang acara kemuncak yang akan melabuhkan tirainya di Arena Of Stars, Genting Highlands, 30 Mac depan.
Dalam debaran menanti siapa yang bakal dinobatkan peminat sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2007 terus memainkan peranan besarnya dengan membawa calon pilihan mendekati penggemar menerusi siri promosi menjelang acara kemuncak.
Siri penjelajahan ABPBH 2007 diteruskan dengan mendekati peminat di sekitar Kuantan, Pahang menerusi acara istimewa yang akan berlangsung di Kuantan Parade, Ahad ini bermula jam 2.30 petang.
Disertai 16 artis, siri penjelajahan ABPBH 2007 di destinasi keempat ini menghimpunkan nama terkenal yang akan menjayakan pelbagai acara yang disusun untuk merancakkan acara promosi itu.
Bakal disertai Jaclyn Victor, Raja Azura, Mila, Bard R1, Sheila Rusly, Farah Asyikin, Azwan Ali, Fouziah Ghous, Sofaz, Kistal, Julia Ziegler, Diddy, Hazami serta tiga penyampai Hot FM iaitu Leya, Ikhwan dan AG membuktikan siri promosi ABPBH 2007 menyediakan ruang besar kepada artis untuk mendekati peminat mereka.
Ketua Rombongan Siri Promosi Jelajah ABPBH 2007, Mas Ayie Mas Omar berkata, berdasarkan sambutan luar dugaan yang diterima di tiga lokasi persinggahan sebelum ini membuktikan ABPBH 2007 mempunyai pengaruh yang besar di kalangan pencinta hiburan.
“Objektif yang dibawa siri promosi iaitu untuk mendekatkan artis dengan peminat yang menyokong kerjaya seni mereka selama ini tercapai berdasarkan sambutan yang diberikan.
“Justeru, kami mensasarkan jumlah peminat yang lebih besar akan membanjiri Kuantan Parade, Ahad ini kerana peluang seperti ini tidak selalu datang.
“Apatah lagi, pelbagai acara menarik disusun yang membolehkan peminat bertuah membawa pulang cenderahati istimewa ABPBH 2007 sebagai kenangan,” katanya.
Ayie berkata, selepas dua tahun tidak berkunjung ke Kuantan, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke negeri itu atas permintaan peminat.
Sebagai hadiah istimewa terutama kepada pencinta irama rock, penjelajahan ABPBH 2007 kali ini turut diserikan dengan persembahan daripada dua kumpulan rock muda yang sedang gah namanya di persada hiburan iaitu Sofaz dan Kristal.
“Persembahan dua kumpulan ini adalah antara tarikan yang dijanjikan dalam kembara ABPBH 2007 di Kuantan. Ia juga sebagai tanda terima kasih kami kepada peminat di sana yang selama ini begitu menyokong acara tahunan anjuran Berita Harian,” katanya.
Tanpa menolak keberkesanan siri promosi ABPBH 2007 terhadap karier seseorang artis, Ayie berkata, mereka memberikan peluang sama rata kepada semua finalis untuk menjayakan acara itu.
Justeru, katanya, mereka sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh finalis yang meletakkan sepenuh tanggungjawab dan kesungguhan dalam merencana masa depan kerjaya mereka.
“Artis seperti Fazli Zainal, Izwan Pilus serta Farawahida yang membesar menerusi siri promosi ABPBH sepanjang tahun lalu kini sedang menikmati hasil yang mereka usahakan sebelum ini.
“Tidak dinafikan siri promosi ABPBH memberi efek yang besar dalam kerjaya seseorang artis menyebabkan ramai yang ingin menyertainya,” kata Ayie.
Tidak hanya tertumpu pada acara utama iaitu persembahan artis, siri promosi kali ini juga menyajikan kelainan apabila barisan finalis akan diarak 20 penunggang motosikal daripada Pahang Bikers untuk ke lokasi persembahan.
Perarakan yang bermula jam 1.30 tengah hari dari hotel penginapan akan diketuai finalis Artis Baru Lelaki Popular, Bard R1.
“Turut diadakan adalah segmen khas ‘Kenangan Abadi Berita Harian’ di mana pengunjung boleh merakamkan kenangan bersama finalis kegemaran dan diabadikan dalam bingkai khas muka depan akhbar ini.
“Dengan bayaran RM5, segmen ini merancakkan lagi siri promosi di setiap lokasi di samping menghangatkan lagi bahang ABPBH 2007,” katanya.
Acara itu juga menawarkan pelbagai cenderamata istimewa Berita Harian serta penaja utama ABPBH 2007, Habib Jewels.
Peminat juga berpeluang mendekati kandungan akhbar ini menerusi aktiviti khas yang diadakan di lokasi yang sama sehari sebelum acara berlangsung.
Dikendalikan penyampai radio terkenal, Isma Halil Hamzah, acara yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada 1 dan 2 Mac itu akan membawa peminat untuk menelusuri sejarah penganjuran ABPBH hingga membesar menjadi acara penuh prestij serta dinanti umum.

Comments