AKHBAR ONLINE KOSMO 18/01/09


Keratan Akhbar dari Kosmo Online Pada 18/01/2009






.

DANA UNTUK PALESTIN. Kempen mengumpul dana untuk tabung bantuan dan kemanusiaan Palestin diteruskan lagi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Pahang dan ia termasuklah konvoi anjuran Pahang Bikers dan Bikers in Islam melibatkan 200 ahli.
Program konvoi diperluaskan ke tempat tumpuan awam di sekitar bandar Kuantan termasuk Taman Kerang, Kompleks Mahkota, Masjid Negeri, pusat beli-belah Kuantan Parade serta Mydin dan Teluk Chempedak bermula kelmarin.

Konvoi turut menjual pelekat, baju-T serta bendera Palestin sepanjang perjalanan mereka dari Kuantan ke Temerloh.

Presiden Bikers in Islam, Shamsul Zumir Shahrir berkata, konvoi itu merupakan satu misi menyampaikan mesej keamanan selain menyedarkan masyarakat mengenai kempen memboikot barangan Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana kepada rejim Israel.

Comments

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

Tengku Arif Temenggong Pahang II

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Menembak Negeri Pahang ( Pahang Shooting Association ) 2010-2012