UTUSAN MALAYSIA ONLINE 16/01/09
KUANTAN 16 Jan. - Kira-kira 300 pelajar Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Maahad Tahfiz Pahang dan kakitangan Yayasan Pahang di sini hari ini mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas tentera rejim Israel di Gaza. Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad berkata, majlis solat hajat tersebut diadakan bertujuan mendoakan keselamatan rakyat Palestin selain memohon supaya keamanan dikembalikan di negara tersebut. Menurutnya, majlis solat hajat tersebut disusuli dengan program mengutip derma dan pelepasan konvoi bermotosikal untuk Palestin yang disertai lebih 150 ahli kelab Pahang Bikers dan Bikers in Islam di sini. ''Konvoi berkenaan bermula di Kuantan dan berakhir di Temerloh pada Ahad ini dengan harapan untuk menyampaikan mesej kepada dunia mengenai bantahan kita terhadap keganasan yang berlaku di Gaza ketika ini," katanya di sini hari ini. Saariah berkata, program seumpama itu juga akan diadakan di Taman Ke...