Serba sedikit tentang Harley Davidson







The Silent Gray Fellow (Pengikut Kelabu Yang Senyap)









Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua.Seperti yang kita tahu sekarang ini nama gah motorsikal berkuasa besar Harley Davidson yang disebut2 hingga kini adalah nama dua orang insan Bill Harley dan Arthur Davidson memulakan eksperimen dunia permotoran ini dengan permulaan pertama ialah sebuah basikal bermotor pada tahun 1901,mereka tidak tahu bahawa lagenda permulaan mereka itu dikenali hingga ke tahun 2010 ini.Bagi saya jenama Harley Davidson adalah seperti kehidupan seharian kerana tidak seperti jenama lain hanya berbentuk atau jenama motorsikal itu sahaja,tetapi Harley Davidson berbentuk dari segi pemakaian,keperluan harian kesemuanya mempunyai jenama Harley.Ianya tidak bertumpu 100% motorsikal berkuasa besar sahaja.



Perkara yang dilakukan mereka mencipta di belakang rumah pada tahun 1903 wujud hingga sekarang.Kebanyakan pada awal ciptaan motorsikal Harley menggunakan karburator yang dicipta dari tin sup tomato.



Motorsikal pertama mereka tidaklah mempunyai kelajuan/kuasa ataupun underpowered hanya menggunakan satu silinder ,ekzos dan enjin hanya setia pada 30ci(494cc) dalam tahun 1906.Kemudian dalam tahun 1907 ,fork link ditambah memberikan impak dari segi pengguasaan dan sangat berjaya sehingga pengubahsuaian nampak kemajuan bagi penciptaan Hydra-Glide pada tahun 1949.Satu lagi perubahan ialah dari leather belt drive bagi menggurangkan kos maintenance dengan pertukaran kepada Chain drive.



Motorsikal lebih nampak impak kelainan dari keputusan pertukaran ini bagi masa 10tahun akan datang dan pada masa yang sama perubahan dari segi rangka(frame) telah mewujudkan satu fenomena dan metamorfosis dari penciptaan sebuah basikal kepada sebuah motorsikal telah bermula.



Nama Silent Gray Fellow adalah ciptaan pencipta William Harley dan Aurthur Davidson bagi semua motorsikal yang dicipta oleh kompeni mereka sehingga World War I (Perang Dunia 1)."Silent" beerti efisyen dari segi bunyi mufler apabila Harley yang awal dipasang."Gray" adalah warna flat cat bagi motorsikal pada masa itu manakala "Fellow" bermaksud pengikut/perminat bergantung kepada mesin itu.

Comments

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA

Tengku Arif Temenggong Pahang II