Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tanggal hari Jumaat 10.9.2010 bersamaan 1 Syawal 1431H adalah hari mutlak bagi semua umat yang beragama Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.Ianya juga merupakan hari kemenangan selepas berhempempas pulas mengharungi dugaan pada bulan puasa ataupun Ramadhan.
Kita seharusnya menyambut Hari Raya dengan wasatiah tidak perlu untuk berlebih2 demi menunjukkan kemewahan yang ada di dunia ini.Dengan wasatiah kita dapat menunjukkan bahawa kita berteraskan agama Islam dlm mengharungi kehidupan.Dalam kita dapat menjamu selera sambil menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kite juga perlu berfikir sejenak ataupun merenung nasib mereka yang tidak bernasib baik seperti mereka yang yatim piatu dan fakir miskin adakah mereka menjamu selera seperti kita?
Wahai muslimin dan muslimat sekalian,
Pada hari raye juga kite dpt merasakan org2 yg kita sayangi tidak bersama dengan kite yg telah pergi dulu sebelum kita mengadap Ilahi yang Maha Kuasa,saya amat terasa apabila setiap tahun kite merayakan hari kemenangan ini ayahanda tercinta telah dulu pergi mengadap Ilahi,dari situlah saya dapat merasakan apa yang dirasa apabila org yg disayangi telah pergi dulu sebelum kite..hanyalah iringan doa dan airmata saje yg dpt kita kirimkan.Lawatilah dan ziarahlah kubur mereka dan bersihlah,jangan dibiarkan lalang dan kekotoran yg bersama dengan mereka.Bulan ini jugalah kalau boleh pergilah ,bukannye selalu berkumpul ramai2.
Alhamdulillah bagi saya masih lagi mempunyai bonda yang tercinta bagi merasakan nikmat hari raya ini,malah saya juga bersyukur kerana dapat merayakan hari raya ini bersama isteri ,anak dan adik beradik tercinta,kerana tahun ini tidak ada masalah besar yang menimpa keluarga kami.Jiwa ini akan berasa kosong sekiranya mereka tidak ada berada di sisi ini bagi menyambut hari Raya Aidilfitri yang amat mulia ini.Saya malas nak meluahkan dgn panjang berjela lagi lagipun sapa yang nak baca..tetapi sesiapa yang telah membaca blog ini renung2 kan lah.Insafilah diri ini dan sentiasa berdoa agar Allah dapat lg memanjangkan umur kita semoga dapat ketemu lagi di tahun yg akan datang.Al Fatihah dibaca untuk mereka yg telah pergi semoga roh mereka akan dicucuri rahmat dan sentiasa bersama denganNya.
Comments