Monday, November 19, 2012

burger dan monyet

Kita ni suka sgt melempar sampah dari dlm kereta ke luar kereta.. terutama apabila melalui kawasan yang berkebun semak samun. Kita sangka, nanti ada tukang pungut sampah ataupun binatang yang akan makan sampah sarap itu. 

Pada suatu hari, sebuah kereta melalui jalan kampung. Di tepi jalan kampung itu, sekumpulan monyet sedang mencari rezeki di kawasan semak. Manalah tau, kot kot ada yang melempar sisa MekDi atau tongkol buah epal. 

Tiba-tiba sebungkus plastik berupa balutan burger terbang keluar bagaikan peluru dari tingkap kereta itu. Seekor monyet yang tangkas dengan segera merebut bungkusan burger itu dan melarikannya dari kawan-kawannya. Setelah membuka dan menghidu dan merasa sedikit, dia terus membuang "burger" itu.

Lalu kawan-kawannya pelik dan bertanya kepadanya, "Kenapa kau buang burger tu?"

Sang monyet itu hanya diam dan memerhatikan monyet-monyet lain yang berebut-rebut melarikan burger yang dibuangnya.

Dalam hatinya berkata, "Takkan lah aku nak cakap aku dah termakan taik, huhuhu"..

TAMAT .. hehehe

No comments: