Pahang Bikers


Kelab Motosikal Pahang atau lebih dikenali sebagai Pahang Bikers telah ditubuhkan pada tahun 1997.Mempunyai ahli seramai 80 orang yang berdaftar.Kini kelab ini telah ditubuhkan selama 11tahun .Kelab ini meliputi setiap 12 daerah di seluruh Pahang dan bertempat di Kuantan sebagai ibu daerah Pahang.Setiap AJK Daerah telah dilantik untuk bersama menjayakan kelab ini.
Ahli Kelab terdiri daripada penunggang motorsikal berkuasa besar diantara 500cc ke atas meliputi pelbagai jenis dan rupa motorsikal.Kelab ini tidak khusus kepada sesuatu jenis motorsikal sahaja.Setiap ahli haruslah mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah disisi undang-undang.
Pelbagai aktiviti kelab telah dijalankan pada tahun ini seperti menghadiri pelbagai aktiviti permotoran yang dijalankan dari luar Pahang dan negeri-negeri lain.Kelab ini juga tidak lupa kepada kebajikan mereka yang memerlukan termasuk anak yatim,keluarga yang susah dan ibu tunggal.Aktiviti tahunan seperti berbuka puasa bersama anak yatim dan keluarga yang susah akan diadakan.Dari aktiviti ini mereka dapat mengeratkan hubungan sitatulrahim diantara ahli kelab dan orang luar dari kelab ini.
Sekiranya kelab-kelab lain ingin menjemput Pahang Bikers untuk memeriahkan aktiviti mereka ,kami sedia untuk bersama walaupun bukan dari jumlah yang besar tapi kami akan usahakan untuk menghadiri majlis itu.
Hubungi : Shamsul Zumir b Shahrir (ZooM)
Presiden Pahang Bikers
0126661116
Zamri (Temerloh)
Timbalan Presiden Pahang Bikers
0199551000
Musa (Rompin)
Bendahari
0199850921

Comments

Popular posts from this blog

Honda Goldwing 1800

Tengku Arif Temenggong Pahang II

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Menembak Negeri Pahang ( Pahang Shooting Association ) 2010-2012