BIL TELEFON Bil telefon sebuah keluarga naik melambong.Suami telah memanggil kesemua ahli keluarganya untuk berbincang. Suami: Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah,ayah gunakan telefon tempat ayah kerja. Isteri: Saya pon sama jugak,gunakan telefon tempat saya bekerja. Anak: Oh sorry ! Saya hanya gunakan SMS sahaja.Untuk panggilan saya gunakan tempat saya bekerja juga. Bibik: Jadi ape masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja.Sama juga la dengan saya. Suami,Isteri,Anak: (serentak menepuk dahi)
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . “ “Hello?” “Abang, nie sayang nie,” “Emmm… “ “Abang masih ada di kelab lagi ke?” “Iya.” “Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?” “Berapa harganya?” “Cuma RM1500.00 aje” “O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat” “Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2012 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu “ “Berapa harga yang dia bagi?” “Cuma RM280,000 …” “O.K tapi pastikan h...
Comments