Posts

Showing posts with the label President of Pahang Bikers

AHKBAR ONLINE UTUSAN MALAYSIA 18/01/09

KERATAN AKHBAR DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 18/01/09 Kelab motosikal kutip derma KUANTAN 17 Jan. – Kelab Motosikal Pahang menganjurkan program “Bikers in Islam” bagi mengumpul sumbangan untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Presiden kelab itu, Shamsul Zumir Shahrir berkata, program selama tiga hari yang bermula semalam itu disertai kira-kira 150 ahlinya yang menunggang motosikal termasuk berkuasa tinggi, membabitkan penjelajahan ke tiga daerah iaitu Kuantan, Raub dan Temerloh. Sepanjang program itu, anggota kelab, katanya, turut menjual pelbagai barangan seperti baju T, pelekat kenderaan dan bendera Palestin bagi mengumpul sumbangan untuk mengisi tabung membantu rakyat Palestin. “Program ini merupakan misi keamanan kita hasil daripada kesedaran di atas kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di hadapan Mahkota Square di sini hari ini. Shamsul Zumir berkata, sepanjang laluan tersebut, konvo...

Meeting Bikers In Islam 14/1/09

Image
Pada 14/1/09 Pahang Bikers bersama Yayasan Pahang telah bermesyuarat bagi menjayakan Palestine Ride Yang akan berlangsung pada 16/17/18 January 2009.Ini adalah pembukaan acara bagi tahun 2009.Mesyuarat telah diadakan di tingkat satu Zoom Rider Cafe.Program kali ini amat berlainan kerana kesemua jenis motorsikal tak kira berkuasa rendah hingga kepada yang berkuasa tinggi. Alhamdullillah beberapa kelab dan persatuan bermotosikal telah bersama menjayakan program ini.Diantaranya ERC,ASC,LCCK,Kelab Klasik Kuantan,Thelena Crew. Mersyuarat menetapkan jadual program yang telah dibincangkan dan memberi tugasan kepada bikers2 yang ada untuk setiap kelab.Ketua dan wakil dari setiap kelab dipanggil bersama untuk bermesyuarat pada malam itu.

Pahang Bikers

Image
Kelab Motosikal Pahang atau lebih dikenali sebagai Pahang Bikers telah ditubuhkan pada tahun 1997.Mempunyai ahli seramai 80 orang yang berdaftar.Kini kelab ini telah ditubuhkan selama 11tahun .Kelab ini meliputi setiap 12 daerah di seluruh Pahang dan bertempat di Kuantan sebagai ibu daerah Pahang.Setiap AJK Daerah telah dilantik untuk bersama menjayakan kelab ini. Ahli Kelab terdiri daripada penunggang motorsikal berkuasa besar diantara 500cc ke atas meliputi pelbagai jenis dan rupa motorsikal.Kelab ini tidak khusus kepada sesuatu jenis motorsikal sahaja.Setiap ahli haruslah mempunyai lesen dan cukai jalan yang sah disisi undang-undang. Pelbagai aktiviti kelab telah dijalankan pada tahun ini seperti menghadiri pelbagai aktiviti permotoran yang dijalankan dari luar Pahang dan negeri-negeri lain.Kelab ini juga tidak lupa kepada kebajikan mereka yang memerlukan termasuk anak yatim,keluarga yang susah dan ibu tunggal.Aktiviti tahunan seperti berbuka puasa bersama anak yatim dan keluarga ya...

Ride To Johor Bharu3/7/08(Pahang Bikers & MCC Terengganu)

Image
Ride..ride..ride..lagi Pahang Bikers dan Mix Chopper Club Terengganu telah bergabung tenaga dan masa bersama untuk ride ke Johor..Pada tanggal 3/7/08 kami pun bersiap sedia untuk mengerahkan enjin deruman motorsikal kami untuk menuju ke destinasi kami iaitu JOHOR...Seramai 12 buah motosikal daripada Kuantan dan Temerloh manakala 18buah motorsikal daripada Terengganu dan sebuah Triton. Perjalanan berjalan dengan lancar tapi sudah lumrah alam,hujan turun bersama mengiringi kami menuju ke destinasi,tapi dengan Goldwing Alien ini saya tidak menghadapi masalah dalam hujan(pujian)kami telah disambut oleh geng Outlaw Bikers(Jay Bee Riders) dan juga bro Naquib..Tetapi..hampir untuk sampai ke Kompleks Sukan Larkin motor Goldwing Alien ini wat hal lak..alternator out..mana nak cari ganti,tapi macam superhero gak seorang Kelawar telah datang menyelamat bile kite berada dalam kesusahan..Datanglah DIN KELAWAR menghulurkan bantuan yang tak terhingga,yg x dapat diluahkan dengan perkataan.Pada pukul...

MY FIRST SPEECH(CHARITY RIDE TO TEMERLOH)

Image
Ride to temerloh bersama Pahang Bikers ini adalah anjuran pertama saya selepas mengambil alih kelab ini pada bulan September2007.Seramai 50buah motorsikal berkuasa besar dapat dihimpunkan bagi memeriahkan majlis ini termasuk dari Kuantan,Temerloh dan jutaan terima kasih juga bikers dari KL yang turut serta menghadiri. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia jadi charity ride ini bertujuan untuk kita bersama merasakan kenikmatan dan juga kesusahan mereka yang tidak mempunyai ibu serta ayah dan pada mereka yang tidak mempunyai suami/ayah untuk meneruskan kehidupan pada bulan Ramadhan ini.Pihak AJK Temerloh berjaya menghimpunkan 40orang anak yatim dari sekitar Temerloh dan 5 keluarga/ibu tunggal yang betul2 mengharapkan sumbangan untuk diberikan kepada mereka. Konvoi telah sampai pada 6.00ptg di Hotel Seri Malaysia Temerloh dan kami telah di sambut oleh geng Temerloh lantas AJK terus membuat persiapan untuk majlis yang akan berlangsung.Seri Malaysia Temerloh adalah kepunyaan Timbalan P...